Jumaat, 21 Ogos 2009

Rela Tingkalanon

Platun 0199 Kampung Tingkalanon berbangga mengucapkan Salam Perpaduan kepada semua ahli Rela di Malaysia. Kami menyokong penuh konsep I Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Saya Dr(H) Robert Garatam mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Meredeka kepada semua warga Malaysia (52 Tahun kita Merdeka).
Teruskan perjuangan untuk membantu negara kita mencapai negara yang maju, sesuai dengan matlamat yang terlah dirancang dan wawasan yang sudah diwartakan.
Anggota rela jangan mudah lemah semangat, kita harus terus bertugas tanpa tekanan dan paksaan... Pelbagai cara kita melibatkan diri untuk membantu jentera kerajaan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat . Rakyat bersatu negara maju. Jangan biarkan diri kita dikuasai oleh fikiran yang negatif. Kita mesti amalkan sikap keterbukaan dalam setiap kehidupan harian supaya kita cepat maju kehadapan. Terima kasih semua anggota rela yang sentiasa memberi kerjasama mempastikan keselamatan kampung selamat dan bersih sepanjang masa. Kita Naib Johan Keceriaan Kampung GWD tahun 2009.Tahniah kepada AJK GWD dan orang Tingkalanon dan terlibat sama menjayakan program keceriaan kampung.