Selasa, 27 Oktober 2009

Aktiviti Rela Platun 0199

1. Gotong Royong membersih kawasan kampung, surau, gereja, dan dewan kampung.

2. Membantu keluarga yang mendapat kesusahan seperti ada yang sakit, meninggal dunia.

3. Meberi derma wang atau barangan kepada orang kampung yang susah.

4. Mengawal keselamatan kawasan kampung daripada ancaman musuh atau gejala sosial yang
tidak sihat.

5. Melakukan kerja-kerja amal bagi membantu penduduk yang memerlukan, misalnya
mengetam padi, tanam sayur, menjayakan majlis hari jadi dll.

6. Mencari ahli baru

Alamat Rela Tigkalanon

Alamat:
Ketua Platun 0199
Kg.Tingkalanon,
Jl.Tandek, Peti Surat 125,
89108 Kota Marudu Sabah.

Hp: 0145671665
088 661 173 (0)

e-rela

Selamat Datang.
e-RELA adalah satu sistem yang diperkenalkan oleh RELA bagi mewujudkan pendaftaran kemasukan dan penyemakan keanggotaan RELA secara on-line di antara Sistem Maklumat Anggota RELA (SISMAR) di Ibu Pejabat RELA dengan semua Pejabat RELA Negeri, Daerah dan Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah.
Melalui e-RELA ini, semua Pengarah RELA Negeri, Komandan serta Pegawai RELA Daerah diberi tanggungjawab untuk mendaftar permohonan baru, menyemak atau mengemaskini maklumat seseorang anggota RELA.
Sebarang cadangan untuk penambah-baikan sistem e-Rela ini adalah dialukan. Sila emailkan cadangan anda ke e-rela@moha.gov.my

Alamat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

Ikatan Relawan Rakyat
Ibu Pejabat RELA
Aras 2 & 3, Blok 3C4
26, Boulevard,Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 PUTRAJAYA

Statistik Keanggotaan Rela

Statistik Keanggotaan RELA
Keanggotaan
Pertambahan bilangan anggota RELA setahun ke setahun membuktikan RELA berfungsi sebagai penghubung kepada kerajaan dan rakyat menjadikan RELA sebagai sebuah badan yang penting dan diperlukan. Statistik terkini bagi keanggotaan RELA adalah seperti jadual di bawah.
Pertambahan anggota RELA dari kalangan belia (18 hingga 40 tahun) membuktikan bahawa aktiviti-aktiviti anjuran RELA turut mendapat tempat di hati kaum belia Negara. Ia turut memberi peluang kepada RELA untuk mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan di dalam mengharungi situasi negara yang kian mencabar dengan menyiapkan anggota dengan latihan khusus dan sesuai dengan suasana masa kini.
Jadual 1 : Keanggotaan RELA sehinga 30 September 2009
Jumlah Besar
596,799 anggota
Jumlah Platun
10,780 platun
Jumlah Relawan
524,047 orang
Jumlah Relawati
72,752 orang

Latihan

Latihan

Anggota RELA akan diberikan kursus pengenalan RELA di peringkat tempatan manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Brang, Kuala Terengganu dan di PLRW Sabah, Tuaran, Sabah.

Jangkamasa latihan adalah dari 3 hingga 14 hari dan bergantung kepada jenis kursus. Latihan ini membolehkan seseorang anggota itu dapat memberikan sumbangan yang efektif dalam mencapai objektif pasukan. Selain itu, kursus-kursus geraksaraf dipertingkatkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memelihara dan mengekalkan keamanan.

Kursus-kursus yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut :
Kursus pengenalan
Kawat Hujung Minggu ( Platun Keselamatan Daerah )
Kursus Asas
Kursus Asas Relawati
Kursus Lanjutan
Kursus Ketua Platun
Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim
Kursus Platun bantuan Khas RELA (PBKR)
Kursus Platun Kawalan Pantai RELA (PKPR)
Kursus Kawalan Kehormatan pasukan RELA (KKPR)
Kursus Asas Jurulatih
Kursus Ulangkaji Jurulatih
Kursus pancaragam
Kursus pengurusan ( Untuk Pegawai RELA )
Kursus pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)
Kursus pengurusan maklumat
Kursus Keluarga Cemerlang
Kursus-kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi seperti BTN , Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Polis, JPA3, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi.

Syarat Nak Jadi Ahli Rela

Syarat Anggotai RELA

Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA
Warganegara Malaysia.
Umur 16 tahun dan ke atas.
Sihat tubuh badan.

Kecuali

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.

Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
Anggota-anggota Pasukan Polis.
Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (J) Memproses lanjutan kontrak Pengarah RELA Negeri, Pegawia RELA Daerah dan Penolong Pegawai RELA Daerah untuk perakuan Ketua Pengarah dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima dan dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia KHEDN untuk mendapat kelulusan JPA/SPA.
Memproses permohonan pembaharuan kad pendaftaran keahlian yang hilang dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima. Memproses permohonan Ahli Bersekutu yang diterima daripada Pejabat RELA Negeri dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Memaklumkan dan memanjangkan aduan-aduan mengenai Pati yang diterima daripada orang awam melalui Bilik gerakan Ibu Pejabat RELA Malaysia kepada Pejabat-pejabat RELA yang berkaitan untuk diambil tindakan pada hari yang sama aduan diterima.
Memproses permohonan senjatapi RELA dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Mengeluarkan program kursus tahunan pada atau sebelum Disember tahun sebelumnya.
Menyediakan program kursus pengenalan dua (2) kali setahun bagi setiap daerah.
Membuat bayaran bil-bil yang lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil.
Memaklumkan keputusan penyambungan tempoh perkhidmatan kontrak atau penamatan kontrak perkhidmatan pegawai-pegawai RELA tidak kurang daripada tiga (3) bulan dari tarikh tamat kontrak.

Nilai Teras Pasukan

Nilai Teras Pasukan
SETIA
Setia Berbakti kepada Negara, Pucuk Pimpinan dan Masyarakat
PATRIOTISME
Membudayakan Semangat Cinta dan Berbangga Terhadap Negara, Agama dan Bangsa
BERDISPLIN
Mempunyai Disiplin Serta Jatidiri Yang Unggul dan Mengamalkan Budaya Kerja Yang Cemerlang
DEDIKASI
Beriltizam Tinggi Untuk Menjayakan Misi dan Visi serta Matlamat Pasukan RELA
IKHLAS
Sentiasa Sedia Membantu Dalam Sebarang Penugasan dan Tanggungjawab Tanpa Mengharapkan Ganjaran dan Mementingkan Diri Sendiri
BEKERJASAMA
Bermuafakat, Bertolak Ansur dan Bantu Mambantu
BERWAWASAN
Berpandangan Jauh, Kreatif serta Sentiasa Berusaha Merealisasikan Wawasan Negara
MESRA RAKYAT
Berhemah Tinggi, Adil, Cekap dan Mengutamakan Pelanggan serta Berdamping Rapat dengan Masyarakat Setempat

Pengenalan Rela

Ikatan Relawan Rakyat





Kandungan Berkaitan


Peranan RELA
Nilai Teras Pasukan
Piagam Pelanggan
Syarat Anggotai RELA
Latihan
Statistik Keanggotaan RELA
Hubungi Kami
Carta Bahagian


Pengenalan
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Sejarah Penubuhan
‘Home Guard’ atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan.
Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA. Dengan ini peruntukan yang dinamakan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 telah diwujudkan. Petikan ucapan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990.
"...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment’s commitment to harness the people’s support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".
Pada 20 Mac 1999, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.
Visi
Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul.
Misi menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada pertahanan negara dan kesejahteraan rakyat
Objektif membantu mengekalkan keselamatan, kestabilan dan keamanan negara serta kesejahteraan secara berkesan.

Peranan Rela

Peranan RELA
Peranan dan Fungsi RELA
Melaksanakan operasi menangkap PATI
Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah)
Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'
Bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' Kerajaan
Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
Membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT
Menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Mulai 1 Februari 2005, RELA telah diberi kuasa di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 untuk memeriksa dan menangkap PATI. Pada tahun 2005 Pasukan RELA telah memeriksa orang yang disyaki PATI seramai 56,600 orang dan telah membuat tangkapan seramai 8,244 orang. Pada tahun 2008 seramai 145,706 orang diperiksa dan ditangkap 26,799 orang. Setakat 30 April 2009,, seramai 58,840 orang telah diperiksa dan seramai 11,688 PATI telah ditangkap. Setiap daerah dikehendaki menjalankan operasi empat (4) kali sebulan dan mensasarkan tangkapan yang lebih besar.
Tatacara Pengendalian Operasi (SOP)
Setiap operasi RELA yang dikendalikan sentiasa berlandaskan kepada tatacara pengendalian operasi (SOP) dan arahan tetap Ketua Pengarah RELA. Sila klik di sini untuk dokumen SOP berkenaan.
Pengendalian operasi berlandaskan kepada kuasa yang diberikan kepada RELA seperti yang termaktub di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.
Orang ramai yang mempunyai keraguan tentang tatacara pengendalian sesuatu operasi RELA boleh merujuk kepada mana-mana pejabat RELA yang berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat RELA melalui telefon 03-88863354 atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut SOP.

Gambar Sempana Menyambut Hari Merdeka TM 09







Kapten Dominic Bin Gorotom bersama En. Mairon



Lft.Muda Dr.H.Robert Bin Garatam




Ketua Platun 0199 Rela Kg.Tingkalanon




Tandek Kota Marudu.













Isnin, 19 Oktober 2009

Susunan Pangkat Pemimpin Rela

1. Leftnan Jeneral Rela:
Dato Zaidon B Haji Asmuni
Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.

2. Mejar Jeneral (Rela)
Mohmed Asri B Yusoff
Tim.Pengarah

3. Brigndaer Jeneral (Rela)
Samasuddin Bni Lawe
Pengarah Rela Negeri Sabah

4. Leftenan Kolonel (Rela)
Mairy Bin Yubin
Pegawai Rela Daerah Kota Marudu

5. Mejar (Rela)
Mohd Azrie Syazwan B Jainal
Pen.Pegawai Rela Daerah Kota Marudu

6. Kapten (Rela)
Dominic @Majawat Gorotom
Ketua Perhubungan Rela Mukim Tingkalanon

7. Leftenan Muda (Rela)
Dr.(H).Robert Bin Garatam
Ketua Platun Rela Kg.Tingkalanon

8. Sarjan (Rela)
Peter Pengagin
Tim.Ketua Platun Rela Kg.Tingkalanon

9. Koperal Tadbir (Rela)
Majasil Daron
Platun Rela Tingkalanon